01 February 2018
"SUARA PULIH, DOKTOR TAK HALANG NYANYI NADA TINGGI" - ANUAR ZAIN
"Saya mengaku sebelum ini saya trauma untuk menyanyi dalam konsert besar. Ini berpunca masalah kehilangan suara sehingga saya menolak menjayakan tiga acara termasuk di Singapura.
"Selepas mendapatkan rawatan, suara saya sudah pulih sepenuhnya dan mampu membawa lagu mengikut kemampuan sendiri.
"Doktor pun tidak melarang saya menyanyi dengan nada tinggi," kata penyanyi Anuar Zain yang mampu menarik nafas lega apabila masalah kehilangan suara yang dihadapinya sejak tahun lalu, pulih sepenuhnya.
Sehubungan itu, Anuar berharap peminat tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatannya lagi. Malah, beliau sudah bersedia untuk kembali beraksi dan membawakan lagu bernada tinggi.
Klik untuk gambar besar
Konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert anjuran Kharisma Entertainment itu akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 24 April depan.
Ini adalah konsert berskala besar Anuar untuk tahun baharu dan beliau menjanjikan beberapa konsert lain bakal menyusul.
Masalah kehilangan vokal penyanyi lagu 'Andainya Takdir' berlaku ketika Anuar sedang membuat persiapan untuk Konsert Yonder Music Live Series By The Lake : Anuar Zain & You yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari, tahun lalu.
Situasi itu membuatkan adik kepada penyanyi Ziana Zain ini dikatakan mengalami tekanan teruk.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment