01 February 2018

ISTERI FAD KONGSI DETIK KELAHIRAN AMINAH - PEMINAT RASA SEBAK


Isteri Fad Bocey, Syaheera Rahman menerusi laman Instagramnya telah berkongsi detik kelahiran anak perempuannya bernama Nur Aminah Mishall yang lahir pada 19 November 2017.





Perkongsian Syeera itu telah membuatkan peminatnya merasa sebak sehingga mengalirkan air mata ketika membacanya.

"Throwback first day first time mommy pegang Aminah. MashaAllah indahnya rasa tu. Sebab abang-abang Aminah mommy tak dapat sentuh cuma dapat cium 😢 dan paling indah sebab daddy berjuang sama-sama dengan mommy untuk cuba bersalin normal jugak.

Klik untuk gambar besar


Wwalaupun 2 hari tu lama tapi bila dapat pegang Aminah rasa penat tu dah tak ada langsung. Jadilah puteri yang baik Aminah. Mommy percaya setiap anak tu ada rezeki masing-masing dan rezeki yang Allah bagi sekarang mommy percaya semuanya dari korang.

"Dont worry Hayyan Zayyan, walaupun ada puteri mommy yang ni korang dua tetap yang pertama ajar mommy erti kesabaran jadi ibu, ajar mommy cara uruskan bayi kecil dan paling penting penguat hubungan kekeluargaan kita. Dengan adanya Aminah sekarang moga Allah lindung keluarga kita yang semakin membesar 😍,' tulis isteri Fad di IGnya.

Untuk makluman, anak kembar lelaki pasangan ini iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan dilahirkan pada 11 Disember 2015.










www.myartis.com / Sumber: Syaheera Rahman IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: