01 February 2018
"HARAM WALAUPUN SEMENTARA" - DA'I WAN ULAS ARTIS CACAH TATU
Baru-baru ini, gambar seorang artis lelaki menggayakan tatu ketika bercuti di sebuah pusat peranginan bersifat sementara mengundang kecaman netizen yang mempertikaikan perbuatannya itu.
Artis berkenaan mendakwa tatu yang diukir di badannya itu hanyalah tatu sementara namun ia adalah haram di sisi Islam sebagaimana dijelaskan pendakwah muda, Da'i Wan.
Da'i Wan berkata tindakan mencacah tatu di mana-mana anggota tubuh badan adalah haram di sisi agama Islam walaupun ia hanyalah tatu sementara.
Da'i Wan atau nama penuhnya Wan Dazrin Wan Din ini menjelaskan perbuatan tersebut adalah dilarang Allah SWT sebagaimana firman baginda Nabi Muhammad SAW.
Klik untuk gambar besar
"Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu.
"Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu (tatu kekal) sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT.
"Kita dianggap telah mengubah ciptaan Allah kerana tatu yang original ni tak boleh ditanggalkan dan melekat selamanya di badan," katanya kepada mStar Online.
Bekas peserta Da'i Pendakwah Milenia musim kedua ini turut diminta mengulas mengenai trend dalam kalangan selebriti dan anak muda yang gemar mengenakan tatu bersifat sementara.
Dalam hal ini, Da'i Wan berkata tiada kesalahan untuk wanita kerana ia dianggap sebagai hiasan, namun menjadi satu kesalahan untuk lelaki.
"Perempuan dibenarkan mengenakan inai dengan corak bunga yang sea-akan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah.
"Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.
"Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- 'Hukum lelaki memakai inai', beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment