15 February 2018
DAHI KOYAK - ANAK BAZLI UNIC, AFFAN KINI BERANSUR PULIH
Menerusi laman Instagram, penyanyi Bazli UNIC telah memuatnaik gambar anak keduanya, Muhammad Affan yang mengalami luka dan dahi koyak kerana terhantuk bucu dinding.
"Anak ayah @affan_bintangsyurga luka.. Berderau ayah td tgh meeting d astro tiba2 mama call gtau nada berbeza affan jatuh. Terus pecut ke pantai hospital ampang. Bismillah...
"Dah mcm anak syria ayah tgk affan.. insya Allah xd pape. lari2 trhantuk bucu dinding. affan sedang lalui proses kedewasaan. doakan yg terbaik utk affan.," kata Bazli di IGnya.
Rata-rata peminat Bazli mendoakan kesembuhan anaknya dan masing-masing juga turut menceritakan pengalaman yang sama menimpa kepada anak mereka.
Pasti cemas perasaan setiap ibu dan bapa bila anak tercinta mengalami kecederaan walaupun hanya luka kecil.
Klik untuk gambar besar
Kalau luka kecil pun dah cukup untuk buat ibu bapa tak senang duduk apatah lagi kalau dahi luka dan terkoyak kan? Siapa yang bergelar ibu bapa, pasti faham bagaimana rasanya.
Apapun, melalui posting terkini Bazli, anaknya sudah mula nampak sihat juga ceria dan penyanyi nasyid ini telah mengucapkan terima kasih atas doa peminat buat anaknya.
"Terima kasih yg mendoakan @affan_bintangsyurga . Anak lelaki mmg hebat.. Syukurlah anak hebat," tuturnya.
Orang kata malang itu tak berbau, kami doakan semoga luka di dahi anak Bazli ini beransur pulih dan sembuh seperti sediakala.
www.myartis.com / Sumber: Bazli UNIC IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment