16 February 2018

ISTERI SAH HAMIL - SHARNAAZ BAKAL BERGELAR BAPA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang bakal bergelar bapa apabila isterinya, Noor Nabila sah hamil anak pertama mereka.





Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa menerusi laman Instagramnya semalam dengan memuatnaik gambar ultrasound bayi.

Dalam kapsyen itu, Nabila meluahkan rasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan selepas hampir setahun berumah tangga iaitu pada 31 Mac 2017.

"Alhamdulillah berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah swt. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna insyaAllah Amin ❤️πŸ‘ΆπŸΌπŸ˜ #somethingsweetisbaking," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan pasangan ini bakal bergelar ibu bapa selepas viral gambar mereka di pusat perubatan.

Rata-rata ramai membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan gembira dengan berita yang dikongsikan.

Kami doakan semoga Nabila diberi kesihatan baik sepanjang hamil dan selamat sehingga saat melahirkan.






www.myartis.com / Sumber: Noor Nabila IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: