16 February 2018

GOSIP PUTUS TUNANG - SUFIAN TUKAR NOMBOR, TAK MAHU DIGANGGU


Sejak penyanyi Sufian Suhaimi meluahkan rasa sedih berhubung melepaskan seseorang telah menjadi tanda tanya dan persoalan mengenai hubungannya dengan pelakon Elfira Loy.





Malah ada gosip yang mengatakan Sufian dengan Elfira sudah putus tunang seminggu yang lalu dek kerana kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan kesahihan khabar angin ini kerana dimaklumkan beliau telah menukar nombor telefon agar tidak diganggu dengan soalan berkaitan berita ini.

"Sudah seminggu dia tukar nombor telefon baharu dan dia minta agar tak diganggu (dengan) soalan-soalan berbentuk peribadi.?

Klik untuk gambar besar


"Malah untuk program temubual dia juga hanya akan bercakap soal kerjaya semata-mata," kata Mahadhir Mohamad, pengurus kepada penyanyi yang popular menerusi lagu 'Terakhir'.

Sementara itu, ibu kepada Elfira, Filzah Yusoff enggan memberikan komen mengenai gosip bertebaran mengenai hubungan anaknya, namun dengan ringkas beliau menjawab akan memaklumkan jika ada apa-apa yang berlaku.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu di Cheras, Kuala Lumpur dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac ini.



Perancangan awal perkahwinan mereka pada bulan depan namun sehingga kini kedua-duanya masih belum memaklumkan tarikh sebenar pernikahan.

Pada 23 Januari lalu, Sufian mengakui hubungannya dengan Elfira melalui fasa yang rumit. Bagaimanapun, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

Harapnya Elfira dan Sufian boleh tampil menjelaskan perkara ini. Namun jika benar, diharap pasangan ini diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini, Elfira juga khabarnya tidak berada di Malaysia buat ketika ini.




www.myartis.com / Sumber: Utusan & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: