16 February 2018

IDENTITI SAJAT - JAKIM DEDAH IBU BAPA BERSUMPAH, SEORANG KHUNSA


"Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa," demikian kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai isu identiti Nur Sajat Kamaruzzaman.





Sebelum ini, JAKIM membuat pendedahan proses pengesahan jantina Sajat mungkin mengambil masa lebih lama kerana terdapat pihak ketiga yang menghalang ujian perubatan dilakukan bagi mengesahkan jantinanya secara rasmi.

Usahawan kosmetik dan juga penyanyi ini telah memberi reaksi bahawa dia telah memberitahu JAKIM jantinanya yang sebenar.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, JAKIM dimaklumkan bahawa identiti usahawan itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, pengesahan secara rasmi memerlukan ujian yang dibuat oleh pakar perubatan yang berautoriti.

Disebabkan itu, JAKIM meminta Sajat menjalankan ujian dengan pakar perubatan untuk memperjelaskan identitinya. Walaupun telah bersetuju, Sajat membatalkan ujian tersebut:

"Sebenarnya, Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan dengan pihak Sajat. Namun di saat akhir Sajat tidak hadir atau membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh pihak ketiga di pihak Sajat sendiri," jelasnya.

Nur Sajat yang pernah beberapa kali menyertai pertandingan ratu cantik transgender di Thailand itu bagaimanapun ketika dihubungi, enggan mendedahkan siapa ‘pihak ketiga’ yang dimaksudkan oleh JAKIM. – beautifulnara.com






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: