15 February 2018

ISTERI TAMAT TEMPOH PANTANG - HAFIZ SUIP DEDAH WAJAH ANAK


Seperti yang dijanjikan, penyanyi Hafiz suip, 28, menerusi laman Instagram telah mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri yang kini berusia sebulan 16 hari selepas isterinya tamat tempoh berpantang.





"Assalamualaikum,salam subuh dan selamat pagi kepada semua yang saya hormati sekalian.. FIIAMANILLAH...bersyukur ke hadrat illahi atas kurnianya cahaya mata saya yang memberi makna dalam kehidupan saya isteri dan sekeluarga..

"Alhamdulillah pada hari ini tamat sudah pantang isteri saya dan saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan yang kami rasai utk semua..," tulis Hafiz di IGnya.

Sebelum ini, penyanyi yang bersala dari Sarawk itu ada memberikan kenyataanbelum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya sebagai menghormati budaya keluarga.

Klik untuk gambar besar


"Ramai yang bertanya kenapa tak nak tunjuk muka anak dulu tetapi saya menghormati pantang yang di ajar dari turun temurun," katanya sambil berserta #selagiorgtuamasihadahormatilahmereka dan #sabarituiman.

Untuk makluman, Hafiz dan pasangannya, Nureffy Jasreel Abdullah bernikah pada 14 Mei 2016 lalu di kediaman pengantin perempuan di taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Dua bulan sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan ini mengikat tali pertunangan terlebih dahulu di salah sebuah hotel terkemuka di Sarawak.




www.myartis.com / Sumber: Hafiz Suip IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: