15 February 2018

TUDUHAN 'SIHIR' BEKAS SUAMI - FATIN AFEEFA NAFI LAKUKAN


"Bomoh tu apa? Saya tinggal di Subang (Selangor), tidak kenal bomoh-bomoh ni. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang," ujar pelakon Fatin Afeefa yang tidak pernah melakukan perbuatan syirik.





Selain mahukan kepastian kenapa bekas suaminya, Adam Shahz itu membuat tuduhan berkenaan dengan mengaitkan namanya, Fatin turut bertanya siapakah wanita yang maksdukan oleh aktor itu dengan menuduh seorang wanita telah menyihirnya?

"Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dulu," katanya ketika diminta mengulas tentang pendedahan yang dibuat oleh bekas suami di Instagram bahawa dirinya pernah disihir oleh bekas isteri.

Semalam, pelakon Juvana itu mendakwa dia menjumpai beberapa barang pelik di dalam keretanya ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

"Yes!!! Saya pernah dibomoh oleh bekas ex-wife saya. Dia cuba perbodohkan saya bila saya tahu kecurangan yang dia lakukan.

Klik untuk gambar besar


"Kau tahu kebenaran, kau tahu dosa pahala yang dibuat. Jangan letak kesalahan pada orang lain. Allah swt maha adil kerana statement bodoh kau cuba malukan keluarga aku," tulisnya di Instastory.

Sementara itu, Adam ketika dihubungi memberitahu yang dia mempunyai bukti kukuh atas segala dakwaan yang dibuat itu.

"Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muatnaik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta," tuturnya.

Sementara itu, Adam turut menafikan bahawa dia masih menganggu bekas isterinya itu biarpun selepas lapan bulan berpisah.



Tambahnya, kenyataan yang diberikan oleh Fatin menerusi akhbar mingguan pada Ahad lalu telah mengaibkan diri dan keluarganya.

"Dia sudah melampau dan kurang ajar kerana menuduh saya masih menganggu kehidupannya. Bagi saya itu tidak benar dan perkara itu telah mengaibkan saya dan keluarga," jelasnya.

Adam berkahwin dengan Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013 dan mempunyai dua cahaya mata Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Pasangan ini bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: