Penyanyi Sufian Suhaimi sebelum ini pernah mendedahkan hubungannya dengan pelakon Elfira Loy kini sedikit 'complicated', namun tidak pula beliau menjelaskan lanjut mengenainya.

Terkini, Sufian menerusi Insta Story ada meluahkan isi hati tentang betapa sedih dan susah bagi dirinya andai harus melepaskan orang tersayang.
Terdahulu, Elfira mengakui mereka juga seperti pasangan lain melalui dugaan dalam hubungan bertunang.
Klik untuk gambar besar

Pasangan ini dijangka bakal berkahwin pada Mac ini, namun tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkahwinan mereka.
Pastinya luahan hati Sufian itu mencetuskan pelbagai persoalan dan pada siapa agaknya luahan itu ditujukan.
Harapnya hubungan Sufian dan Elfira baik-baik sahaja. Semoga keduanya kuat dan sabar mengharungi dugaan bertunang.



www.myartis.com / Sumber: Sufian Suhaimi Insta Story
________________________

No comments:
Post a Comment