Pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle dilihat tidak pernah memberikan sebarang komen berhubung isu penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil yang mendapat perhatian ramai sebelum ini.

Namun, ia tidak bermakna Diana tidak lagi mencintai ataupun menyayangi suaminya itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sehingga timbul khabar angin mengatakan rumah tangga mereka bermasalah.
Baru-baru ini, Diana menerusi akaun Instagramnya buat pertama kali memuatnaik gambar bersama suaminya selepas kes hangat yang melanda. Diana turut memberikan kata-kata sokongan buat sauminya itu.
Klik untuk gambar besar

Melihat kesetiaan Diana bersama Farid, rata-rata peminat mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka.
Sokongan isteri adalah penguat semangat buat suami tercinta melawan apa sahaja dugaan yang melanda. Semoga cinta Diana serta rumah tangganya bersama Farid kekal sehingga ke syurga.


www.myartis.com / Sumber: Diana Danielle IG
________________________

No comments:
Post a Comment