07 February 2018

ISTANA BOCOR, PERABOT MAHAL TERKENA AIR - ALIFF SYUKRI PANIK


Menerusi laman Instagram usahwan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuatnaik video dimana dirinya kelihatan kecoh dan panik apabila istana mewahnya itu bocor dan air mencurah-curah dari atas siling.





Aliff memberitahu ketika itu dia sedang berehat sambil melayari laman sosialnya sebelum air tiba-tiba melimpah bagaikan air terjun di bilik dan ruang tamu.

Menerusi video yang dikongsikan, suasana kejadian ketika itu agak kelam-kabut dan Aliff juga terjatuh ketika meminta bantuan untuk mengalihkan perabot mahalnya daripada terkena air.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, memang terdapat beberapa masalah berkaitan pembinaan istananya itu sehingga beberapa kali bertukar kontraktor.

Namun, perkara seperti ini tidak boleh dipandang remeh dan mampu menjejaskan keselamatan Aliff Syukri dan keluarga.

Apapun, kami kesian lihat Aliff Syukri yang berhabis jutaan ringgit untuk membina dan menghias istananya dengan perabot mahal.






ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Aliff Syukri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: