07 February 2018

ISU ISTERI KEDUA DI URTV - ADIRA AKUI LALI DENGAN KRITIKAN


"Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan lain kerana lama-lama mereka akan diam sendiri.

"Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun," kata penyanyi Adira Suhaimi, 27, yang mengakui sudah lali dengan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya.





Adira memberitahu yang dia enggan melayan kecaman netizen yang mengkritik tindakannya muncul menerusi muka hadapan sebuah majalah popular, URTV bersama aktres Izreen Azminda hanya kerana mereka memegang status isteri kedua.

Sebelum ini, Izreen dan Adira menjadi sasaran apabila tajuk muka hadapan majalah itu 'Naluri Isteri Nombor 2' mencetuskan kemarahan netizen terutama wanita yang mendakwa majalah itu tidak sepatutnya mengangkat kedua-dua selebriti berkenaan.

Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan terhadap kedua-dua artis itu malah ramai mengecam untuk memboikiot majalah berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Adira berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tajuk digunakan kerana menganggap ia sebahagian daripada teknik pemasaran dalam melariskan penjualan.

"Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi saya secara peribadi tiada maslah dengan pemilihan tajuk tersebut. Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, Adira memberitahu dia yakin Izreen juga tabah dan kuat dalam mengharungi kecaman netizen terhadapnya.



"Saya pernah lalui perkara sama sebelum ini dan rasa kasihan juga dengan Izreen kerana teruk dihentam netizen. Tetapi saya tahu Izreen seorang wanita yang kuat dan tabah," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Adira berkata, dia baharu sahaja muncul dengan single terbaharunya yang berjudul 'Sembunyi' dan akan kembali sibuk dengan karier seninya selepas ini.

"Sembunyi masih sebuah karya balada tetapi sarat dengan elemen R&B. Saya ingin tampil kelainan kerana ingin mengikut peredaran muzik semasa.

"Fokus saya tahun ini juga untuk kembali merancakkan karier seni memandangkan sebelum ini agak lama saya berehat," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: