08 February 2018

AKUI TAK LAGI SUNYI - FASHA SANDHA KONGSI BILA SERIUS


"Hanya saya seorang yang tahu dengan siapa saya berkawan. Buat masa ini, saya lebih selesa berkawan saja. Bahagia kita jangan ditunjuk, nanti orang curi. Derita kita pula jangan beritahu semua orang, nanti kena keji.





"Kalau betul lelaki itu mahukan saya, dia kenalah bersabar. Setakat ini tiada siapapun yang mendesak," kata pelakon Fasha Sandha, 34, yang belum bersedia mendedahkan identiti lelaki yang sedang rapat dengannya sekarang.

Dalam masa sama, Fasha enggan terlalu menunjukkan kebahagiaan di depan orang, bimbang nanti 'dicuri' orang pula.

Bercakap mengenai hubungannya, Fasha akui hidupnya sangat bahagia dan tidak lagi sunyi selepas bercerai dua tahun lalu.

Tetapi jelasnya, hubungan itu tidak diketahui orang, dan jika benar-benar serius barulah beliau akan berkongsi.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini Fasha pernah bernikah dengan Jejai tetapi bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata.

Ibu tunggal beranak dua itu mengakui seronok memegang status 'single' kerana bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Difahamkan, sehingga kini Fasha masih belum berpunya tapi nampaknya sedang mengenali seseorang.

Fasha berkahwin dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli bercerai pada Januari 2016. Mereka dikurniakan sepasangan anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: