28 February 2018

ELFIRA LOY KINI TEMUI CINTA BARU DENGAN USAHAWAN MUDA?


Walaupun spekulasi mengenai perpisahan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi belum habis lagi , namun peminat sudah mengandaikan wanita itu sudah punya pengganti apabila gambar bersama usawahan yang dikenali, Asyraff Mazlan tersebar di media.





Menerusi Insta story, Elfira bersama kakaknya dirakam bersama meraikan ulangtahun kelahiran Asyraff di sebuah restoran. Video yang dimuatnaik Asyraff sekaligus membuatkan peminat tertanya-tanya adakah beliau cinta baru Elfira.

Rata-rata peminat membuat andaian usahawan muda itu adalah kekasih baru Elfira. Lebih menguatkan lagi spekulasi itu apabila Asyraff memuatnaik gambar dengan Elfira ketika di Mekah awal bulan lalu berserta kepsyen romantis.

Manakala Sufian pula apabila ditanya mengenai perkara ini berkata, beliau mengetahui hubungan Elfira bersama jejaka itu sebagai rakan sebelum ini. Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana sudah putus.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, timbul pelbagai dakwaan dan spekulasi punca terlerainya ikatan pertunangan Elfira dan Sufian.

Bagaimanapun, Elfira dan Sufian meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian dan memaklumkan hanya keluarga sahaja yang mengetahui punca mereka menamatkan pertunangan.

Pada 17 Februari lalu, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor, esoknya.



Pertemuan antara keluarga kedua-dua pihak dilaporkan berlangsung dengan baik dan pihak keluarga enggan memanjangkan hal berkenaan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Dalam pada itu, usaha mendapatkan penjelasan daripada Elfira dan Asyraff gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon dibuat.

Apapun, jika benar Elfira kini sudah ada pengganti Sufian... kami doakan yang baik-baik.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: