20 February 2018

HADIAHKAN ANAK JAM ROLEX RM40K - EINA AZMAN TERIMA KRITIKAN


Sempena ulangtahun ke-2 anak kembar sepasangnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah memberi jam tangan berjenama Rolex yang setiap satunya bernilai hampir RM20,000.





Perkara itu dikongsikan oleh Eina sendiri melalui kemaskini menerusi Instagram beliau ketika sambutan ulangtahun hari lahir anak kembarnya di Pulau Pinang. Khabarnya, mereka sekeluarga dan beberapa rakan turut menikmati percutian di pulau tersebut.

Pendedahan Eina Azman ini mengundang netizen tergamam dan pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata bersetuju yang hadiah mewah sebegitu tidak perlu untuk anak yang masih kecil.

Tetapi pasangan itu pasti lebih tahu apa yang mereka lakukan. Mungkin pembelian jam mewah Rolex ini merupakan satu pelaburan untuk anak anak mereka.

Klik untuk gambar besar


Siapa yang mengikuti Eina di laman sosial, pasti mengetahui yang kehidupan mereka sekeluarga sering menjadi tarikan ramai.

Mana tidaknya, kalau sesiapa yang mengikuti Instagram beliau, pasti mengetahui gaya kehidupan Eina yang agak mewah.

Apapun, bertuah betul anak-anak Eina kerana daripada kecil sudah dimanjakan dengan barangan mewah. Apa salahnya bukan kalau dah mampu? Heh!












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: