17 February 2018

ISU SAJAT 'NAK SAMAN' - PAPAGOMO ALU-ALUKAN


Baru-baru ini menerusi satu rakaman video, Sir Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo mendakwa dia mengalu-alukan jika usahawan Nur Sajat ingin mengambil tindakan saman terhadapnya.





Dalam rakaman yang dimuatnaik ke rangkaian YouTubenya, Papagomo memberi reaksi mengenai kenyataan Sajat ingin mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Hey, Jat. Aku kalau bab-bab saman ni, aku dah lali, aku dah tepu, tau. Dan sebenarnya aku sendiri pun mengalu-alukan untuk Sajat jalankan tindakan saman ini, kerana apabila naik ke mahkamah, ia merupakan satu perkara yang paling sedap.

Klik untuk gambar besar


"Karana kita akan dapat tahu identiti Sajat yang sebenar. Dan paling penting, kita nak tarik mak bapak dia duduk dalam kandang, untuk mengesahkan semasa lahir adakah Sajat mempunyai kemaluan wanita ataupun 'belalai'.

Dalam video yang sama, Papagomo mendakwa bukan dia yang menimbulkan provokasi, tetapi kenyataan Sajat kepada umum mengenai dirinya seorang perempuan disifatkan oleh beliau sebagai satu penipuan dan usahawan itu perlu memohon maaf di atas kenyataan mengaibkan yang pernah dibuat olehnya.

Ujar Papagomo lagi: "Jat, kalau nak saman, segerakan. I'm ready".




ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: