17 February 2018

BIDA NO. PLAT KERETA RM40K: "HADIAH UNTUK DIRI SENDIRI" - AIMAN TINO


Penyanyi Aiman Tino meluahkan rasa gembira apabila berjaya membida nombor plat kereta 'A1M 477' yang dikeluarkan oleh Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) bernilai RM40,000.





"Alhamdulillah, saya anggap pembelian plat kereta ini sebagai hadiah untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Walaupun harganya agak mahal, namun saya berasakan ia berbaloi untuk simpanan peribadi.

"Saya akan gunakan plat ini untuk kereta saya sendiri namun setakat ini, saya masih belum memutuskan untuk membeli kereta apa.

"Jika diikutkan kereta idaman, saya amat menggemari jenama Volkswagen," katanya yang dilimpahkan rezeki biarpun masih baru dalam industri.

Klik untuk gambar besar


Menurut Aiman, mengapa beliau tertarik untuk berhabis duit untuk memiliki nombor plat itu kerana jika dibaca dengan sekali imbas, ianya seakan menyebut namanya membuatkan beliau cuba untuk membida plat itu tahun lepas.

Biarpun agak mahal untuk seorang artis baru meningkat naik menghabiskan duit, namun jika ianya dijadikan hadiah untuk diri sendiri selepas bekerja keras selama ini rasanya tidak salah.

Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat Aiman dan semoga terus sukses di masa depan.








www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: