17 February 2018

'TUTUP KILANG' USIA 30 - ADIRA MAHU FOKUS KEPADA ANAK & KARIER


Walaupun anak pertamanya yang dilahirkan pada Mac tahun lalu belum pun mencecah usia setahun, penyanyi Adira Suhaimi, 27, memberitahu yang dia mengimpikan sebuah keluarga besar dan mahu menambah bilangan cahaya mata sementara usianya masih muda.





"Insya-Allah kalau ada rezeki memang nak tambah anak. Doakan saya cepat-cepat hamil lagi. Sementara usia masih muda lebih baik mengandung, nanti apabila umur sudah meningkat anak-anak pun dah besar," ujarnya.

Dalam pada itu, Adira berkata, dia bercadang untuk menutup 'kilang' apabila usianya mencecah 30 tahun bagi membolehkan dia memberi fokus kepada pembesaran anak-anak.

Pada ketika itu juga kata Adira, dia ingin memberi tumpuan kepada mengukuhkan karier seninya.

"Memang nak 'tutup kilang' bila usia masuk 30 tahun, jadi sebab tu sekarang kena mengandung. Saya ada tiga tahun lagi... hahaha. Nanti boleh fokus kepada tumbesaran anak-anak dan fokus sepenuhnya kepada karier seni," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Adira, suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red yang dinikahi pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand, itu juga tidak menghalang hasratnya menambah cahaya mata namun ia bergantung kepada rezeki.

Dalam perkembangan lain, Adira berkata, dia baharu sahaja muncul dengan single terbaharunya yang berjudul 'Sembunyi' dan akan kembali sibuk dengan karier seninya selepas ini.

"Sembunyi masih sebuah karya balada tetapi sarat dengan elemen R&B. Saya ingin tampil kelainan kerana ingin mengikut peredaran muzik semasa.

"Fokus saya tahun ini juga untuk kembali merancakkan karier seni memandangkan sebelum ini agak lama saya berehat," katanya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: