14 February 2018

JEP SAHKAN SARI YANTI KINI SEDANG HAMIL


Alhadulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu yang bakal bergelar ayah apabila beliau mengesahkan isterinya, pelakon Sari Yanti kini sedang hamil anak sulung mereka.





"Benar, isteri saya sedang hamil. Doakan yang baik-baik ya, semoga urusan kami dipermudahkan. Kepada yang mendoakan, terima kasih banyak-banyak...Hanya Allah S.W.T yang membalasnya," katanya ketika diminta mengulas mengenai gambar yang dimuatnaik aktres Fasha Sandha di laman Instagram.

Menerusi entri tersebut, Fasha secara tidak sengaja memberitahu Sari sedang hamil. Perkongsian Fasha menerusi kapsyen tersebut sedikit sebanyak memberi kejutan kepada orang ramai mengenai berita kehamilan Sari.

Klik untuk gambar besar


"Fun moments with the famous and talented @tiarzainal and gorgeous preggy mom talented actress @sariyanti. Thank You EH and Dior Malaysia @abidinkhairul and team," tulis Fasha.

Mungkin semuanya terjadi secara tidak sengaja, tetapi pastinya ramai peminat yang terkejut dan gembira mendengarnya.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: