14 February 2018

SERING DIHENTAM - SAHARA AKUI SUDAH LALI, ENGGAN AMBIL KISAH


"Saya sudah lali dengan kecaman sebegitu. Mereka hanya pandai menghukum tanpa tahu susah payah saya mencari rezeki untuk hidup.





"Saya bercakap benar, di rumah saya tiada beras langsung sebelum saya pergi ke Makkah, baru-baru ini," kata penyanyi veteran, Sahara Yaacob, 62, yang mengakui masih perlu aktif menyanyi sebagai pendapatan utama menyara kehidupannya sekarang.

Sahara berkata, dia tidak perlu ambil kisah sikap segelintir masyarakat yang sering menghentamnya tanpa mengetahui perkara sebenar.

Sahara bersama 22 penggiat seni merangkumi penyanyi, pelakon, pengarah dan penulis daripada Persatuan Penulis Nasional (PENA) ditaja menunaikan umrah di Makkah dan ke Madinah oleh Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih pada 26 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya, sebaik pulang, dia banyak terbabit menjayakan persembahan amal tanpa menerima sebarang bayaran.

"Sejak setahun lalu, saya banyak buat persembahan berbentuk kebajikan dan setengahnya tanpa bayaran. Ini memang tidak betul kerana saya asyik tolong orang sedangkan saya sendiri pun tidak berduit.

"Sebenarnya sebelum ke Makkah, saya ditawarkan oleh pemilik Restoran Rebung, Datuk Chef Ismail untuk buat persembahan di lokasi miliknya secara percuma sedangkan saya tidak mempunyai wang untuk menyediakan segala kos diperlukan," tuturnya.



Sahara berdoa serta bertawakal kepada Allah di Baitullah dan sebaik pulang, mengatur perancangan menjayakan persembahan pada 3 Mac ini.

"Keyakinan timbul meneruskan perancangan itu. Saya ambil risiko menghubungi pemuzik serta beberapa individu dan mereka bersetuju terbabit untuk persembahan itu.

"Saya berterus terang dengan mereka saya tiada wang di tangan dan hanya ada sekitar 25 meja untuk dijual sebagai wang gaji nanti. Alhamdulillah mereka setuju bekerjasama dengan saya," ujarnya.

Tiket untuk menonton dijual secara individu dan jualan meja untuk 10 orang beserta makan malam pada harga RM2,000 hingga RM3,000.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: