21 February 2018

"KAMI SETUJU & SEDIA REALISASI IMPIAN AZREEN" - UMIE AIDA


Kini sedang bertarung dengan kanser serviks tahap empat, penyanyi yang popular pada awal 90-an, Azreen Manan meluahkan hasrat menunaikan umrah bersama Datin Seri Umie Aida, Erra Fazira dan Betty Banafe.





Belaiu menyatakannya ketika diziarahi tiga pelakon terkenal itu di Institut Kanser Negara (NCI), Putrajaya, baru-baru ini.

Jelas Umie, hasrat diluah oleh Azreen sendiri sewaktu dia mengunjungi penyanyi terbabit bersama dua rakannya itu.

"Kami menyambut baik hasrat Azreen menunaikan umrah bersama. Kalau itu boleh membuatkan dia kembali sihat, kami bersetuju dan bersedia merealisasikan impiannya," katanya.

Klik untuk ganbar beasr


Azreen pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music, kini ditempatkan di NCI untuk tujuan pemantauan lanjut.

Beliau pernah menggemparkan Malaysia apabila membuat keputusan bernikah dengan kerabat diraja, Datuk Tengku Kamaruzzaman ketika berusia 16.

Bercerita lanjut mengenai Azreen, kata Umie, penyanyi itu memerlukan sokongan semua pihak termasuk teman-teman artis.



"Kami bertiga cuba memberi kata perangsang dan semangat agar dia terus kental berjuang melawan penyakit sedang dideritai.

"Sewaktu kami sampai di hospital Azreen baru habis kimoterapi. Dia nampak penat tetapi ada kata mahu cepat sihat," jelasnya yang turut memberitahu bahawa Azreen turut meluahkan hasrat mahu kembali aktif berlakon dan menyanyi.

Sebagai rakan artis mereka memberikan perangsang agar dia terus bersemangat dan boleh melakukan apa saja yang boleh membuatnya gembira.














www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: