Pelakon Fathia Latiff menerusi laman Twitternya telah meluahkan rasa gembira apabila menerima tawaran berlakon drama 13 episod setelah sekian lama sejak terpalit dengan pelbagai kontroversi hangat.

Tahun lalu nama Fathia sering saja terpalit dengan kontroversi lebih-lebih lagi selepas video menari seksi di aplikasi Bigo tersebar.
Berikutan itu, Fathia juga mengakui sudah tiada tawaran berlakon dan tiada penerbit yang mahu menawarkan drama.
Klik untuk gambar besar

Rata-rata netizen memberikan komen positif dan gembira dengan rezeki yang terima pelakon drama 'Ariana Rose' itu.
Dalam masa sama, tidak kurang juga ada yang memberikan kata nasihat dan pesanan kepada Fathia agar tidak lagi mengulangi kesilapan lama dan jadikan sebagai pengajaran.


www.myartis.com / Sumber: Fathia Latiff Twitter
________________________

No comments:
Post a Comment