Bagi membersihkan nama, dua rakan artis yang dituduh iaitu Taj (Innuendo) dan Osh (Firdaus) yang sudah memberikan keterangan berhubung isu menganiaya Datuk Farid Kamil mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon drama 'Lafazkan Kalimah Cintamu' itu.

Peguam Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar yang mewakili Taj dan Osh, berkata demikian menerusi laporan Projek MMO.
"Pihak Taj sedia memberikan kerjasama untuk membantu siasatan. Apa yang didakwa oleh pihak Farid tidak menjejaskan reputasi Taj, namun dia pun agak terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.
Klik untuk gambar besar

"Kami amat menghormati lunas undang-undang dan apa sahaja informasi yang pihak polis perlukan untuk menyelesaikan siasatan ini, kami akan berikan,' katanya.
Terdahulu, Farid telah membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan dadah ke dalam minumannya sehingga menyebabkan beliau bertindak di luar kawalan dan menampar anggota polis serta menendang orang awam sehingga ditahan baru-baru ini.
Pendedahan Farid juga membawa kepada penahan pelakon Soffi Jikan yang positif dadah jenis ganja dan ditahan pada 6 Februari lalu.

www.myartis.com / Sumber: MMO
________________________

No comments:
Post a Comment