22 February 2018

PUTUS TUNANG - ELFIRA LOY LUAH PERASAAN DALAM BENTUK PUISI


Selepas pertunangannya dengan Sufian Suhaimi terlerai, pelakon, Elfira Loy, 23, yang sebelum ini lebih selesa untuk memendamkan saja gejolak rasa dalam diri itu kini dilihat seakan-akan meluahkan perasaan di Instagram peribadi beliau, kelmarin.




Perkongsian Elfira berkenaan di laman sosialnya itu disertakan dengan puisi berkaitan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Esa.

"Saat kau merasa jatuh, saat itu Allah sedang menangkapmu. Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu. Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu.

"Saat kau merasa sepi, saat itu Allah datang kepadamu. Saat kau merasa sakit, saat itu Allah mengubatimu," katanya dalam entri yang turut disertakan gambarnya di kota New York.

Klik untuk gambar besar


Status berkenaan meraih hampir 100,000 'like' selain menerima 1,700 komen termasuk daripada rakan artis seperti Fara Fauzana, Mira Filzah dan Liyana Jasmay.

Rata-rata komen ditinggalkan oleh pengikut beliau dan netizen meminta pelakon itu supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian terbabit.

Sabtu lalu, ibu Elfira, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan penyanyi berusia 25 tahun itu sudah putus.



Ia kemudian turut disahkan sendiri oleh Sufian yang memaklumkan, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin, memulangkan cincin pertunangan kepada keluarganya di Muar, Johor.

Elfira dan penyanyi yang popular menerusi lagu 'Terakhir' itu mengikat pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu. Andai mengikut perancangan awal, kedua-duanya bakal disatukan sebagai suami isteri awal bulan depan.

Dalam perkembangan lain, Elfira akan turut menjayakan Festival GegaRia di Kuantan, Sabtu ini. Pelakon jelita itu dijadualkan menyampaikan ceramah mengenai 'Tanggungjawab Media Sosial' kepada pengunjung.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: