14 February 2018

PENGESAHAN IDENTITI SAJAT - JAKIM AKUI PIHAK KETIGA GANGGU PROSES


"Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu," jelasnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memaklumkan proses pengesahan sebenar identiti Nur Sajat tergendala.





Difahamkan, halangan tersebut berpunca dari pihak ketiga belah usahawan kosmetik itu. Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial Jakim, Dr Mohd Izwan berkata, pihaknya masih memujuk Sajat.

Pertemuan diantara Jakim dan Sajat Januari lalu, beliau telah bersetuju untuk melalui beberapa proses untuk pengesahan identiti secara rasmi bagi menjawab segala persoalan masyarakat mengenai status jantinanya yang sebenar.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Sajat ada meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap masyarakat melemparkan kata-kata hinaan hingga membabitkan kedua ibu bapanya.

Luah Sajat, ibu bapanya pula terpaksa menangung malu kerana status jantinanya. Apapun, kita tunggu saja keputusan itu nanti.




www.myartis.com / Sumber: MMO


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: