14 February 2018

MENINGGAL DUNIA - JENAZAH AZMIL MUSTAPHA SELAMAT DIKEBUMIKAN


Takziah kami ucapkan kepada keluarga pelakon era 80-an yang popular menerusi filem Ali Setan, Azmil Mustapha yang telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Shah Alam kira-kira pukul 1 tengah hari tadi akibat sakit jantung pada usia 65 tahun.





"Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami. Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan," katanya.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan. Berita sedih ini dikongsi oleh anak lelaki tunggalnya Mohd Bazli.

Jenazah dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum selamat dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Klik untuk gambar besar


Sejak dua tahun kebelakangan ini, kesihatan Azmil dilaporkan merosot dan pernah dilaporkan kritikal. Pada November tahun lalu, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham yang turut poplar menerusi Mekanik itu pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki lima orang anak hasil perkahwinan itu berusia antara 15 tahun dan 32 tahun. Beliau juga mempunyai tiga orang cucu berusia antara dua dan lima tahun.

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.














www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Awani & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: