05 February 2018

TAHNIAH - SYAFIQ YUSOF TIMANG CAHAYA MATA KEDUA, PEREMPUAN


Menerusi laman Instagram, pengarah filem, Mohd Syafiq Yusof, 25, telah memberitahu yang beliau menyambut kelahiran anak perempuan keduanya semalam selepas isterinya, Aiesyah Zainal selamat melahirkannya.





Bagaimanapun, pengarah 'Abang Long Fadil 2' terbabit tidak menyatakan dengan terperinci mengenai kelahiran puterinya itu, sebaliknya hanya memberikan nama dan latar belakangnya, tarikh kelahiran dan berat bayi berkenaan.

Syafiq dan isteri sepakat memilih nama Nuur Nusaybah untuk bayi mereka yang dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram.

Anak kepada produser terkemuka, Datuk Yusof Haslam, itu mendirikan rumah tangga dengan Aisyeah pada 5 April 2014. Pada Januari 2016, mereka dikurniakan puteri pertama yang diberi nama Nuur Jannah.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Syafiq Yusof IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: