05 February 2018

7 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AQIQAH HUMAIRAH, ANAK HAFIDZ ROSHDI


Pada 3 Februari lalu, pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak sulung mereka, Humairah Muhammad Hafidz.





Kemeriahan sekitar majlis itu dikongsi pelakon berkenaan di laman sosial Instagram (IG) miliknya.

Dalam majlis tersebut, Hafidz dan isterinya kelihatan manis sedondon memakai baju kurung dan baju Melayu berona ungu.

Tidak ketinggalan, Humairah juga kelihatan sangat comel apabila turut memakai gaun berona ungu.

Klik untuk gambar besar


Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga terdekatnya.

Menerusi gambar yang dikongsi, rata-rata memuji kecomelan Humairah dan mereka berdoa agar dia dapat membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah.

Untuk makluman, Humairah dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor, kira-kira pukul 1.30 pagi pada 9 September tahun lalu.












www.myartis.com / Sumber: Hafidz Roshdi IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: