30 March 2018

19 APRIL 2018 - TARIKH NIKAH SHILA AMZAH & TUNANG


Penyanyi dan pelakon Shila Amzah yang baru-baru ini tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018 dalam kategori selebriti itu telah berkongsi berita gembira dimana beliau dan tunang, Haris Idraki sepakat memilih 19 April depan untuk melangsungkan majlis pernikahan.





"Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini.

"Sebagai penggiat seni, saya akur untuk berulang alik terutamanya ke China kerana perlu memenuhi permintaan di sini," katanya.

Bagaimanapun, untuk majlis resepsi perkahwinan, Shila masih tidak menetapkan sebarang tarikh lagi dah akan berkongsikannya kelak.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Shila selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London itu pada November lalu di kediaman keluarganya.

Betullah kata orang tua, perkahwinan ini membuka pintu rezeki yang luas buat umatnya. Semakin murah rezeki Shila ketika menantikan waktu untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

Tahniah sekali lagi diucapkan dan semoga segala urusan pasangan ini berjalan dengan lancar.
















www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: