30 March 2018
"TAK PERLU UNGKIT SEMULA" - HANEZ AKUI SUAMI CEMBURU
"Saya terkejut apabila suami memaklumkan ada terbaca mengenai nama saya disebutnya, baru-baru ini. Perkara yang sudah lama berlalu, rasanya tak perlu diungkit semula, tambahan pula orang pun sudah lupa.
"Apabila dibangkitkan kembali, tentu ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa kerana saya isteri orang. Sedikit sebanyak, pasti suami saya juga tertanya-tanya. Dia juga sepatutnya menjaga hati tunangnya.
"Memang selepas kenyataan itu keluar, ada yang meminta saya mengulas. Minta maaflah. Dulu, pasal isu saya pun dia ada bagi maklum balas. Tapi tak perlu rasanya, saya tiada kena mengena dengan dia.
"Jangan lagi kaitkan saya. Saya tak suka," tutur pelakon Hanez Suraya yang berharap penyanyi Awi Rafael tidak lagi mengaitkan namanya dalam apa jua kenyataan yang dikeluarkan bagi mengelakkan salah faham di pihak suaminya.
Klik untuk gambar besar
Selain statusnya sebagai isteri orang, Hanez juga berpendapat Awi sepatutnya lebih sensitif dan menjaga hati tunangnya.
Sebelum ini, penyanyi kelahiran Singapura itu ada menyebut mengenali tunangnya, pelakon Atikah Suhaime sejak lapan tahun lalu ketika masih menjadi teman lelaki Hanez.
Kata Awi, 32, pada awalnya perkenalan dengan Atikah adalah sekadar teman seperjuangan dalam seni sebelum mula rapat sejak lima bulan lalu. Pasangan selebriti terbabit bertunang pada 17 Mac lalu di Kota Singa.
Pada masa sama, Hanez mengakui suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais, agak cemburu namun yakin perasaan itu wujud disebabkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadapnya.
"Bukankah Cemburu tandanya sayang, tetapi tidaklah dia berlebihan-lebihan. Selepas tiga tahun hidup bersama, kami juga sudah saling memahami dan menerima diri masing-masing seadanya," katanya.
Pasangan terbabit berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Aleesya, yang kini berusia 2 tahun.
Sebagai bekas kekasih rasanya tidak Awi membangkitkan kembali hal dulu kala. Masing-masing juga sudah bertahun membawa haluan hidup berasingan, nanti apa pula kata cik tunang kan.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment