14 March 2018

8 GAMBAR - WAJAH 'NUH ARYYAN', ANAK KEDUA FEEYA ISKANDAR


Menerusi laman Instagram (IG), penyampai radio, Feeya Iskandar atau lebih mesra dipanggil Cik Piah itu telah berkongsi beberapa keping gambar anak keduanya yang dilahirkan pada 31 Januari lalu.





Menerusi entri di IG, Cik Piah berkongsi secara rasmi kepada orang ramai wajah dan nama anak keduanya.

"Assalamualaikum, uncle dan auntie. Nama saya Nuh Aryyan Nurashid Wahab," tulisnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan sehingga kini sudah menerima lebih 17 ribu tanda suka.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata memuji kecomelan yang ada pada Aryyan dan berharap agar dia membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.

Feeya dan Nurashid Abd Wahab berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua orang putera. Anak sulung pasangan ini bernama Adam Malique yang kini berusia setahun.

Penyampai radio itu meninggalkan Sinar FM pada 19 Januari lalu.














www.myartis.com / Sumber: Feeya Iskandar IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: