14 March 2018

WANITA DAKWA FATIN AFEEFA BERCINTA DENGAN SUAMINYA


Sebelum ini, pelakon Fatin Afeefa menafikan gambar wanita yang berkucupan dengan seorang lelaki ialah gambarnya dan mendakwa akaun Instagramnya pernah digodam.





Namun terkini, seorang wanita melalui satu akaun Twitter mendakwa lelaki dalam gambar yang didakwa berkucupan dengan Fatin ialah suaminya.

Wanita itu menulis Tweet sejak 26 Februari kepada Jabatan Agama Islam Selangor bahawa Fatin mengajak suaminya tidur di rumah sewa pelakon itu.

Dia mendakwa ada memberi mesej kepada Fatin untuk meninggalkan suaminya. Wanita itu juga mendakwa masih isteri yang sah kepada lelaki yang bergambar dengan Fatin.

Klik untuk gambar besar


Wanita itu kemudian mendakwa Fatin telah berjanji untuk memutuskan hubungan dengan suaminya tetapi telah memungkiri janji.

Untuk makluman, Fatin ialah bekas isteri pelakon Adam Shahz. Sebelum ini juga, Adam pernah membuat kenyataan bahawa Fatin telah membomohkannya untuk menyembunyikan kecurangan. Kesahihan dakwaan ini tidak dapat dipastikan.

Apapun ini hanya dakwaan dan pasti Fatin ada penjelasan yang logik mengenai dakwaan pengguna Twitter ini. Bersama kita nantikan penjelasannya.






















www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & @HannaMa13333320

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: