14 March 2018

"JAWAB BILA DITANYA, SINGLE AMBIL KISAH KAWAN" - SUFIAN


Sebelum ini bapa kepada pelakon Elfira Loy tampil menegur Sufian Suhaimi selain turut menyifatkan penyanyi itu sengaja 'menjaja' kisah putus tunang sebagai satu strategi untuk melariskan lagu barunya.





Bagaimanapun, Sufian ketika ditanya mengenai dakwaan bapa Elfira itu telah menafikan dan menegaskan tindakannya itu bukan untuk mencari publisiti murahan.

Sufian berkata yang dirinya hanya menjawab pertanyaan pihak media sahaja dan malah beliau tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

Menafikan meraih simpati dalam mempromosikan single terbaharu, 'Di Matamu', Sufian memberitahu bahawa lagu berkenaan dicipta sejak setahun lalu dan hanya kebetulan kisah disampaikan dalam karya itu berkait dengan hidupnya.

Klik untuk gambar besar


"Saya hanya menjawab apabila ditanya mengenai kisah putus tunang. Kalau boleh, saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini. Single baharu ini terhasil selepas saya ambil kisah yang terjadi kepada kawan-kawan," jelasnya.

Redha dengan ketentuan Tuhan, Sufian percaya tali pertunangan bersama Elfira yang putus di tengah jalan adalah cara Tuhan menegurnya untuk mendapat sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.

"Semua ini bukan sekadar meraih publisiti daripada kisah putus tunang. Mungkin ini cara Tuhan menegur saya. Ada hikmah yang lebih baik buat saya selepas ini. Insya-Allah," tuturnya.

Terdahulu sebaik sahaja memuatnaik lagu terbarunya, 'Di Matamu' Disember lalu, lagu berkenaan menjadi trending biarpun masih belum dilancarkan. Ramai beranggapan bait lagu tersebut menceritakan kisah perpisahannya dengan Elfira.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: