14 March 2018

ELLY MAZLEIN NAFI BEDAH, BESAR KERANA MENYUSU ANAK


"Dada saya adalah asli dan ia berkeadaan begitu kerana anak saya, Putri Sarah Sefhia, masih lagi menyusu badan. Lagipun, tiada sebab untuk saya membuat sebarang perubahan.





"Kalau ada yang masih sangsi dan terus membuat tuduhan bukan-bukan, saya tak kisah. Terpulanglah pada mereka," kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, 38, yang menafikan dakwaan kononnya beliau melakukan pembedahan untuk membesarkan payudaranya demi kecantikan diri.

Ditanya pula andai beliau dilabelkan sebagai simbol seks kerana mempunyai bentuk tubuh badan yang montok, Elly tidak kisah dan enggan melayan cakap-cakap orang.

Jelasnya, setelah melalui kontroversi terdahulu, beliau malas memikirkan kecaman peminat.

Klik untuk gambar besar


"Lantak apa orang nak kata. Saya malas nak fikir kerana saya sudah melalui banyak kontroversi sebelum ini. Mulut orang bukannya boleh ditutup," ujarnya.

Mungkin kerana Elly yang pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta itu masih menyusukan anak menyebabkan bentuk badannya berubah menjadi sedikit berisi.

Tajam betul mata rakyat Malaysia ni, sampaikan perubahan payudara selebriti juga menjadi perhatian. Apapun, kami harap Elly sabar dengan semua ini.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: