14 March 2018
PERNAH KEGUGURAN - MIA AHMAD KINI SAH HAMIL SEMULA
Hujung tahun lalu, Mia Ahmad pernah hamil tetapi mengalami keguguran ketika bercuti di London bersama suaminya, Izham Tarmizi Roslan, kini impian pasangan tersebut untuk bergelar ibu dan bapa bakal termakbul tidak lama lagi.
Ini selepas pelakon itu mengesahkan dirinya kini hamil semula selepas keguguran menerusi laman Instagramnya.
Mia pada masa yang sama memohon maaf kepada beberapa pihak kerana tidak dapat menerima sebarang tawaran kerja buat masa ini untuk menjaga kandungannya itu.
Ruangan komen di Instagram Mia dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa agar Mia dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik.
Tahniah kami ucapkan kepada Mia dan suami. Harapnya kehamilan kali kedua ini akan dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Mia Ahmad IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment