13 March 2018
"SAKITNYA HATI SAYA" - DATUK SERI VIDA DITIPU RM11 JUTA
Selepas ditipu kontraktor yang menguruskan projek pengubahsuaian studionya, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM11 juta.
Menurut Datuk Vida, studio berkeluasan dua ekar itu sepatutnya dijadualkan siap sejak tahun lalu, namun tertangguh.
"Sakitnya hati saya. Saya terpaksa menanggung kerugian RM11 juta selepas ditipu kontraktor berkenaan.
“Padahal, studio itu sepatutnya siap pada September tahun lalu dan program Gegar Vaganza juga patut dilangsungkan di situ.
"Saya terpaksa mencari orang lain untuk menyelamatkan projek berkenaan dan menukar kontraktor. Insya-Allah selepas raya nanti, studio itu akan beroperasi dan program keagamaan terbitan saya bakal dilangsungkan di sana," katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Vida juga mengakui banyak berdiam sejak kebelakangan ini disebabkan mahu muhasabah diri.
"Saya cuma mahu berehat seketika selepas dua tahun aktif dalam dunia 'glamor'. Saya lebih banyak fokus dengan perniagaan menerusi media sosial.
"Saya sengaja menguji sejauh mana media sosial dapat membantu perniagaan saya. Ternyata, saya berjaya menempatkan diri dalam kalangan pengikut ramai," ujarnya.
Terdahulu, Vida berjaya mencipta fenomena selepas tampil dengan single berjudul 'I Am Me' selain aktif menaja pelbagai program hiburan tempatan.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment