13 March 2018
JATUH BILIK AIR - ANAK SALIMA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN
"Rayyan terjatuh di bilik air dirumah pengasuhnya dan mengalami luka di dagu. Tiba di klinik, doktor mencadangkan supaya Rayyan dirawat dihospital kerana lukanya tak boleh bius biasa dan kena bius seluruh badan.
"Sampai di hospital pertama, doktor terus nasihatkan untuk pembedahan plastik sebab kalau jahit biasa akan tingalkan parut yang buruk dan lukanya dalam, tidak boleh sekadar jahit luar tetapi hospital tersebut tiada pakar untuk pembedahan plastik.
"Kami suami isteri terus ke hospital yang seterusnya dan bila tengok luka Rayyan, doktor kata luka Rayyan agak dalam dan perlu dijahit tiga lapisan secara pembedahan," kata bekas bintang Akademi Fantasia (AF4), Salima yang memberitahu anak lelakinya terpaksa menjalani pembedahan plastik di bahagian dagu akibat terjatuh dalam bilik air.
Bagaimanapun menerusi entri terbarunya, Salima memaklumkan Syed Ahmad Rayyan, 3, telah selamat menjalani pembedahan dan sedang berehat.
Klik untuk gambar besar
Menurut Salima, doktor telah mencadangkan supaya anaknya itu menjalani pembedahan plastik kerana luka yang dialaminya agak dalam.
"Selesai dah. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan. Nak bagi dia rehat sekejap," tulisnya di laman Instagramnya.
Dalam pada itu, Salima atau nama penuhnya Nor Salima Habibi, 30, memberitahu ketika kejadian kanak-kanak itu berada di rumah pengasuh dan apabila dimaklumkan mengenai hal berkenaan dia segera membawa anaknya ke hospital.
"Rayyan terjatuh dalam bilik air pagi tadi (Ahad) dan luka di dagunya ketika berada di rumah pengasuh dan saya terus pergi ambil dan bawa ke klinik.
"Rayyan bukan seorang budak yang lasat sangat, dia jenis yang berhati-hati. Pengasuhnya pun hati-hati dan baik, Mommy pun jenis hati-hati bab keselamatan anak.
"Tapi inilah dikatakan malang tidak berbau, sesuautu yang Allah takdirkan pasti ada hikmahnya," jelasnya.
Untuk makluman, Salima berkahwin dengan Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre sebagai isteri kedua pada 30 November 2013.
www.myartis.com / Sumber: Salima Habibi IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment