18 March 2018

ANAK KE-2 LAHIR MEI DEPAN - IESYA TOH RINDU ARWAH ABAH


Menerusi laman Instagram, pengacara RTM Iesya Toh mendedahkan yang dia kini sedang hamil kira-kira tujuh bulan dan bakal menimang cahaya mata kedua iaitu seorang perempuan pada Mei depan.





Dia mengambil keputusan untuk merahsiakan seperti kehamilan pertama dan hanya keluarga serta rakan terdekat saja mengetahui.

"Bismillah. Assalamualaikum sayang, hari ni awak dah 7 bulan lebih. Tak ramai tahu awak ada. Hanya keluarga dan rakan terdekat saja. Macam abang awak juga @harraz_daiyan," tulis Iesya Toh.

Menerusi kapsyen gambar yang dimuatnaiknya itu, Iesya memberitahu dia kerap menangis dalam tempoh sebulan kebelakangan ini kerana masih lagi bersedih dengan kehilangan bapanya.

Tambahnya, dia terlalu merindui Allahyarham bapanya yang meninggal dunia pada Februari lalu di Madinah.

Klik untuk gambar besar


"Sayang, mummy minta maaf sebab sebulan ni mummy selalu menangis. Kita happy family sayang. Abi baik, abang awak pun good boy. Babah, uwan, atok semua baik.

"Mummy sedih sebab rindu arwah tok Abah. Masa abi tahu tok Abah dah tak ada, abi susah nak sampaikan kat mummy.

"Sebab risaukan keadaan sayang. Sungguh, mummy terus tak tidur, tak makan. Mummy tak tentu arah, mummy lupa mummy ada 'tanggungjawab' ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Iesya memberitahu bapanya turut tidak sabar nak menyambut kelahiran bayi keduanya dan ingin menjaganya ketika berpantang.



"Tok abah tak sabar nak jumpa awak tapi mummy percaya tok abah tengok awak dari situ. Orang kata jangan sedih-sedih waktu mengandung.

"Tapi betul, tak sekuat itu. Abah cakap nak jaga waktu saya berpantang nanti. Abah orang siam. Abah memang banyak tahu hal pantang ini. Sekarang ini dah tak ada mood pun apa-apa," katanya.

Arwah bapanya, Sanny Toh Abdullah, 65, meninggal dunia di Madinah selepas rebah ketika menuju ke Makkah untuk melakukan ibadah umrah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di sana.

Iesya dan suami yang juga seorang ahli perniagaan, Huzairee Muhamad, 36, berkahwin pada 29 Mei 2015. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Harraz Daiyan secara normal pada 19 November 2016.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Iesya Toh IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: