18 March 2018

15 GAMBAR - ATIKAH SUHAIME KINI TUNANG AWI RAFAEL


Tiada angin tiada ribut... tup tup.. pelakon Atikah Suhaime dan penyanyi Awi Rafael kini sudah mengikat tali pertunangan semalam.





Difahamkan, kedua-dua mereka yang berasal dari Singapura itu menjalinkan hubungan kira-kira lima bulan lalu sebelum mengambil keputusan melangsungkan pertunangan.

Menurut Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 25 berkata, keserasian yang terjalin membuatkan mereka merancang untuk melangkah ke fasa baharu dan merancang untuk bernikah pada 15 Mac tahun depan.

"Kami berkenalan kira-kira lima bulan lalu dan keserasian membuatkan kami mengambil keputusan untuk bertunang. Awi telah berbincang dengan kedua ibu bapa untuk meminang saya.

Klik untuk gambar besar


"Insyallah kami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac depan bersamaan dengan tarikh lahir Atikah," ujarnya.

Majlis yang berlangsung di Royal Palm, Clarke Quay, Singapura itu hanya di hadiri oleh keluarga terdekat serta kenalan mereka di sana.

Sebelum itu, Atikah menerusi Instagramnya memuatnaik video detik cincin pertunangan disarungkan dijarinya oleh ibu Awi Rafael.



"Yes Auntie, I said yes to the proposal. Officially engaged to Awi Rafael. Warm thank you to all who made the event smooth," tulisnya.

Dalam majlis serba ringkas itu menyaksikan Atikah anggun mengayakan dua gaun berwarna biru dan coklat cair rekaan Nadia Marni.

Manakala penyanyi lagu 'Aku Jatuh Cinta' itu kelihatan segak mengayakan sut hitam ketika bergambar bersama-sama.


























www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: