06 March 2018
ATAS NASIHAT - SITI NURHALIZA PILIH BERSALIN SECARA BEDAH
Bakal melahirkan anak sulungnya dalam tempoh dua minggu lagi, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, memaklumkan yang beliau memilih bersalin secara pembedahan selepas keputusan itu dibuat atas nasihat doktor.
"Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah 'In Vitro Fertilization (IVF)' biasanya dilahirkan secara pembedahan.
"Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental.
"Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan," katanya yang bakal menimang cahaya mata perempuan dan mengakui berdebar menantikan saat itu.
Klik untuk gambar besar
Siti juga berkongsi pada saat ini suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K sudah tidak sabar menantikan kehadiran bayi pertama mereka.
Bukan sahaja bilik sudah dihias cantik malah lif juga dipasang bagi kegunaan Siti semasa berpantang nanti.
"Suamilah insan paling teruja membuat persediaan, terutama dari segi hiasan bilik bayi. Lif pun sudah siap dan ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua," jelasnya.
Tidak kisahlah dengan cara apa sekalipun, asalkan keadaan Siti dan bayi yang bakal dilahirkan sihat belaka. Pasti peminat juga tidak sabar menantikan bayi dari penyanyi lagenda negara ini. Apalah agaknya nama beliau kan?
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment