06 March 2018

KEIKHLASAN MOHON MAAF DIPERTIKAI - NEELOFA RASA TERKILAN


"Tidak adil bagi mana-mana pihak mempersoalkan keikhlasan saya membuat permohonan maaf. Pihak syarikat sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya juga sudah memohon maaf kerana menimbulkan nilai-nilai sentimen berikutan majlis yang saya buat.





"Saya juga sudah menjelaskan satu-persatu di Instagram mengenai perkara itu," kata Noor Neelofa yang berasa terkilan apabila masih ada segelintir pihak yang mempersoalkan keikhlasan pelakon dan pengacara itu dalam meminta maaf.

Mengambil sedikit masa untuk membuat permohonan maaf, Neelofa memohon agar isu pelancaran tudungnya di kelab malam tidak terus dipanjangkan lagi.

Terkilan dengan pihak yang mempertikaikan tindakannya itu, Neelofa tidak menolak kemungkinan ada orang ingin mengambil kesempatan atas kontroversi berkenaan.

"Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tahu dalam keadaan sekarang ramai yang mahu ambil kesempatan untuk menonjolkan diri," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Neelofa juga menjelaskan bahawa dia mengambil setiap komen yang dilemparkan kepadanya dari sudut positif.

Malah dia turut mengucapkan terima kasih di atas teguran Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai perkara itu.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak lebih-lebih lagi penilai kesalahan yang anda pernah lakukan terlalu merasakan diri baik.

Nampaknya Neelofa perlu menunggu sedikit masa agar isu ini kembalii reda. Lama-lama nanti pasti orang akan penat berbicara selain ditenggelamkan isu hangat lain di dalam industri hiburan tanah air.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: