22 March 2018

DIKECAM IBU ELFIRA - SUFIAN AKUI TAK TAHU, MASIH HORMAT


"Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Keluarga dan rakan-rakan banyak memberikan saya kata-kata semangat.





"Dalam tempoh ini, keluarga saya banyak membantu. Oleh itu, saya memilih untuk memencilkan diri seketika.

"Saya tidak membuka media sosial langsung; Twitter, Instagram, Facebook, semuanya. Notifikasi entri-entri saya juga telah lama saya letakkan sebagai mute.

"Oh yeke? Saya tak tahu pun. Bagi pihak saya, saya tidak mahu lagi komen apa-apa dan berharap benda ni tamat," kata penyanyi Sufian Suhaimi yang tidak tahu-menahu langsung tentang 'kecaman' ibu Elfira Loy, Filzah Yusoff terhadapnya di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Mengharungi episod kedukaan dalam hidupnya selepas putus tunang, Sufian memilih untuk mengasingkan diri dari dunia media sosial sebentar.

'Kehilangan' Sufian juga menyebabkan beliau tidak mengetahui mengenai kenyataan-kenyataan pedas ibu pelakon tersebut.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan ibu Elfira sebelum ini, beliau seolah menyalahkan Sufian di atas pertunangan yang terputus itu.



Namun Sufian tidak cepat melatah, dan dengan masih ada rasa hormat, Sufian enggan memanjangkan lagi isu ini.

"Saya masih ada rasa hormat kepadanya (Filzah) sebagai orang yang lebih tua. Jadi kalau boleh, saya tak mahu ulas lagi benda ni," ujarnya.

Terdahulu, ibu Elfira ada meluahkan rasa terkilannya terhadap Sufian mengenai wang hantaran yang tidak dapat dipenuhi beliau.

Malah ibu Elfira juga ada mendakwa Sufian telah menipunya sekeluarga dan tidak lama selepas itu bapanya pula bersuara.




www.myartis.com / Sumber: mynewshub


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: