22 March 2018

KENAL SEWAKTU KEKASIH HANEZ - AWI YAKIN ATIKAH JODOH TERBAIK


Selamat bertunang dengan Atikah Suhaime pada 17 Mac lalu, penyanyi Awi Rafael mendedahkan dia mengenali aktres itu ketika masih menjadi kekasih kepada pelakon Hanez Suraya sebelum berkahwin pada 2015.





Bagaimanapun Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, memberitahu hubungannya dengan Atikah semakin serius sejak lima bulan lalu.

Mengakui sudah lapan tahun mengenali Atikah, Awi tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk bercinta. Malah katanya, keluar dating pun hanya sekali sahaja, dan terus membuat keputusan untuk bertunang.

Klik untuk gambar besar


"Hubungan kami terjalin secara natural. Kami berkenalan kira-kira lapan tahun lalu dan ketika itu saya masih teman lelaki Hanez. Bila jumpa dia lima bulan lepas, kami mengambil keputusan untuk bertunang.

"Dating pun sekali sahaja. Itu pun bertemankan mak saya. Saya berkawan lama dengan Atikah. Sedikit demi sedikit, saya lebih mengenali dia dengan lebih dalam. Sangat baik dan rapat dengan keluarganya," jelasnya.

Siapa menyangka tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pasangan bertunang tempoh hari. Jelas Awi, beliau terpikat dengan sikap penyabar dan positif pada Atikah dan menganggap beliau merupakan jodoh terbaik.








www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: