23 March 2018

STATUS SEBENAR: "HANS KAWAN SAMPAI BILA-BILA" - NEELOFA


Sebelum ini, gambar Noor Neelofa dan Datuk Hans Isaac menikmati makan malam bersama rakan mereka di sebuah restoran selepas konsert John Legend di Genting Highlands, tersebar sebelum tular di laman sosial.





Gara-gara gambar tersebut, mereka berdua sekali lagi digosipkan menyambung semula percintaan mereka selepas berpisah beberapa tahun lalu.

Netizen mula tertanya adakah perasaan cinta dalam hati masing-masing sudah kembali berputik ataupun sekadar teman tapi mesra?

Enggan perkara itu disalah ertikan, Neelofa tampil memberitahu hubungan sebenar antaranya dengan Hans.

Neelofa akui, dia dan Hans akan sentiasa menjadi kawan walau apa pun berlaku antara mereka sampai bila-bila.

Klik untuk gambar besar


"Bagaimana saya nak adakan benda yang tidak ada? Anda beritahu saya. Apa pun yang terjadi, saya dan Hans tetap berkawan.

"Dia kahwin ke, saya kahwin ke atau saya ada orang lain, kami tetap akan menjadi kawan sampai bila-bila.

"Menjayakan projek bersama atau bekerja, itu akan selalu terjadi. Tetapi, saya dan Hans tahu bagaimana untuk meletakkan batas.



"Kawan dan keluarga menyaksikannya, malah mereka tahu perkara itu. Mereka menghormati persahabatan kami," katanya lagi," katanya.

Tidak dinafikan mereka cukup sepadan sebagai pasangan kekasih. Namun, Hans sebelum ini ada memberitahu beliau belum bersedia dan memerlukan masa untuk merawat luka di hatinya selepas putus tunang dengan Gabriella Robinson.

Dalam masa sama, Neelofa turut ditanya mengenai dakwaan segelintir netizen cuba melaga-lagakannya dengan pelakon jelita, Fazura minggu lalu, namun dia enggan komen.

Baguslah jika mereka mengambil keputusan untuk berkawan baik dan tidak bermusuhan seperti kebiasaan pasangan kekasih yang putus cinta. Apa-apapun, soal jodoh tidak boleh diramal.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: