23 March 2018

"MANA MUNGKIN TINGGALKAN KERJAYA SENI" - IZREEN KECEWA


"Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya.





"Saya tidak tahu angkara siapa, biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sebulan lalu.

"Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama," jelas pelakon Izreen Azminda yang kecewa apabila ada pihak mewujudkan akaun Instagram palsu, 'The Real Izreen Azminda' yang memberikan kenyataan bagi menutup periuk nasinya.

Bagaimanapun kata Izreen, hal itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadapnya, dan beliau masih menerima banyak tawaran berlakon.

Klik untuk gambar besar


Namun pelakon 'Ahli Mesyuarat Tingkap' itu buat masa ini masih belum bersedia untuk mengaktif kembali akaun media sosialnya.

"Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama. Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada.

"Saya akan aktifkan semula akaun IG itu pada masa yang saya rasakan sesuai nanti. Buat masa ini, saya selesa memilih untuk menutupnya," ujarnya.

Terdahulu, Ude Wahid dan Intan Liana akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur awal pagi semalam.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: