23 March 2018

UDE MOHON BERHENTI 'DRAMA' & BOHONG - INTAN TERKILAN DITUDUH


"Saya pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suami dengan pelakon, Izreen Azminda. Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?





"Bagaimana timbul cerita hubungan kami bermasalah sejak dua tahun lalu sedangkan anak kedua baru berusia setahun?" kata Intan Liana yang terkejut dengan dakwaan bekas suami, Ude Wahib dan tidak mengetahui apakah motif disebalik kata-kata lelaki itu yang menghangatkan lagi keadaan.

Sebelum ini Ude mendakwa, hubungan rumah tangga mereka sudah bergolak sejak dua tahun lalu lagi dan kenyataan Intan sebelum ini yang tidak tahu menahu sebab mereka berpisah adalah menipu.

Tidak sampai 24 jam diceraikan, Intan dihimpit dengan pelbagai persoalan apabila bekas suami mendakwanya banyak berbohong kepada masyarakat untuk meraih simpati.

Klik untuk gambr besar


"Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca perceraian. Terpulanglah mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini.

"Saya tidak berniat membuka aib sesiapa. Saya cuma terpanggil membuat kenyataan bagi membetulkan apa yang tidak benar. Saya juga terkilan apabila diminta berhenti membuat 'drama' dengan menggunakan air mata," luahnya.

Nampaknya semalam selepas sah penceraian antaranya dengan Intan, Ude yang sebelum ini dilihat kurang bersuara, telah menyatakan beberapa perkara tentang punca hubungan kepada pihak media.

Selain itu, Ude turut tegas mengatakan perpisahan beliau dan Intan tiada kena mengena dengan isterinya, pelakon Izreen Azminda.



"Dia cakap tidak tahu salah kenapa ingin diceraikan dan kami tidak pernah berbincang masalah ini. Sedangkan dia tahu masalah dalam rumah tangga kami sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

"Saya selalu berbincang cara baik dan kalau boleh tidak mahu masalah ini diperbesarkan. Kenapa dia tidak bercakap kebenaran ini?

"Jadi saya agak terkilan kenapa dia mengeluarkan kenyataan ini. Tindakannya itu secara tidak langsung membuka aib saya.

"Orang mula berpandangan negatif terhadap saya sehingga ramai beranggapan saya bapa tidak bertanggungjawab dan banyak lagi.



"Jadi, kepada Intan berhenti drama air mata," tutur Ude yang enggan mendedahkan punca mereka berpisah kerana ia terlalu peribadi buat mereka selain ingin menjaga aib bekas isterinya itu.

Terdahulu, Intan dan Ude yang bernikah pada 1 Mac 2013 sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri yang berusia setahun.

Kontroversi dan kemelut rumah tangga Intan dan Ude mula tercetus saat pelakon Izreen Azminda mengumumkan berita tergempar beliau sudah bernikah dengan Ude secara rahsia tanpa pengetahuan Intan pada 8 Ogos 2017.

Sejak daripada itu, kisah mereka bertiga terus menjadi perhatian dan pelakon wanita itu teruk dikecam netizen.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Harian Metro & Instagram Suria FM


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: