23 March 2018

MOHON MAAF ISU TUDUNG - WANY JANJI LEBIH BERHATI-HATI


Penampilan penyanyi Wany Hasrita mengayakan tudung singkat sehingga menampakkan bahagian dada ketika sesi fotografi untuk sebuah iklan, baru-baru ini telah menerima pelbagai kritikan.





Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Menahan Rindu' itu memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan penampilan itu

Gadis berusia 26 ini berjanji untuk lebih sensitif dan peka terhadap penampilan dirinya pada masa akan datang.

"Saya mohon maaf jika gambar tersebut telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Dosa tetap dosa dan saya akui itu kesilapan saya sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Saya berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang," katanya yang tidak mengambil hati dengan komen netizen terhadapnya memandangkan setiap orang berhak untuk memberikan pandangan.

Malah ada juga pihak yang memintanya mengenakan tudung seperti dahulu kerana mereka meminati Wany kerana pakaiannya yang tidak terdedah dan sentiasa menutup aurat dengan sempurna.

"Saya terbuka menerima kritikan tetapi biarlah kritikan itu ditulis dengan penuh adab," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: