23 March 2018

"GEMPAK SUPERSTAR TU TAHUN BILA EK?" - INTAN LIANA


Pemuzik Ude Wahid menerusi kenyataan semalam mendakwa hubungannya dengan bekas isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh telah bermasalah sejak dua tahun lepas.





Dia juga mendakwa Intan telah mengaibkan dirinya sebagai suami dan meminta Intan menghentikan apa yang digelarnya 'drama air mata' untuk menagih simpati orang ramai.

Melalui IG Story, ibu dua orang anak itu telah bertanya mengenai 'Gempak Superstar' yang pernah disertai oleh pelakon Izreen Azminda.

Ini menimbulkan spekulasi netizen bahawa 'Gempak Superstar' pada tahun 2016 ialah titik permulaan 'hubungan bermasalah' yang didakwa oleh Ude yang merupakan pemuzik dalam rancangan itu.

Klik untuk gambar besar


Netizen juga berspekulasi bahawa Ude dan Izreen telah bercinta sejak 2016 iaitu dua tahun lepas berdasarkan laporan Miss J di Utusan Online pada April tahun yang sama bahawa Izreen mempunyai kekasih baru tetapi terpaksa merahsiakan hubungan itu.

Rata-rata Netizen mempersoalkan kenyataan Ude dan ada yang menyatakan ia tidak berasas kerana anak bongsu mereka hanya berusia setahun.

Malah mereka menyambut ulangtahun kelahiran dan hari raya sekitar Jun dan Julai tahun lepas dengan bahagia dan tanpa sebarang masalah.

Untuk makluman, pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu semalam di Mahkamah Syariah Gombak Timur.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Intan Liana Instagram


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: