24 March 2018

LANCAR PADA TARIKH 'NIKAH' - 'DI MATAMU' CAPAI 1 JUTA


Semalam iaitu tanggal 23 Mac 2018.. merupakan tarikh dimana penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy bernikah namun semua itu hanya tinggal kenangan apabila mereka sah putus tunang baru-baru ini.





Meskipun tak jadi nikah pada tarikh tersebut... tapi Sufian katakan beliau tidak akan mensia-siakan tarikh istimewa itu dan melancarkan lagu terbaru beliau berjudul 'Di Matamu'.

'A broken heart creates a masterpiece' dan ianya terbukti apabila video muzik 'Di Matamu' mendapat sambutan yang hangat dengan jumlah tontonan 1,441,932 dan trending nombor satu di Youtube sejak dilancarkan secara rasmi pada jam 9 pagi semalam.

Jika belum dilancarkan lagi, lagu ini sudah menjadi trending, apatah lagi bila lagu ini dilancarkan. Melihat pada ruangan komen di Youtube, ramai masih mengaitkan lagu ini dengan kisah peribadinya.

Biarpun Sufian tidak mengulas lanjut mengenai punca perpisahan, namun ramai mengerti apa yang terjadi di sebalik bait-bait lagu ini.

Klik untuk gambar besar


Sehingga kini, peminat terus memberikan kata-kata sokongan dan semangat buat Sufian untuk melupakan apa yang terjadi dan terus mara ke depan.

Dalam masa sama, ada juga yang turut sama merasai keperitan yang diterjemahkan Sufian dalam lagu ini.

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Respek dengan sikap Sufian yang terus bangun dan melahirkan sebuah lagu yang cukup bermakna buatnya. Malah lagu ini juga popular dikalangan selebriti yang membuat 'cover' lagu ini.










www.myartis.com / Sumber: Sufian Suhaimi IG & Youtube


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: